Apakah benar? Sudah hampir dua tahun aku meninggalkan pondok ini.
Pondok tempatku meluahkan rasa hati. Dan hari ini, aku terpanggil lagi untuk menyinggah.
Aku kira, labah-labah yang bersawang di sini sudah masuk ke keturunan ke tujuh.
Kini aku sudah bergelar isteri orang. Alhamdulillah, aku mendapat seorang suami yang amat penyayang, memahami dan pandai mengambil hati.
Aku bahagia. Sangat bahagia.
Kalaulah mereka tahu hidup berumahtangga seindah ini, aku kira mereka tidak akan pernah mahu bercinta.
Aku tenang. Sangat tenang. Aku lebih kuat dan merasakan dunia ini sudah lengkap dengan kehadirannya. Aku bersyukur Ya Rabbi.
Biarpun si dia tidak pernah kukenali. Namun, aku yakin, jodohku ini adalah yang terbaik buatku. Semakin hari, semakin aku mahu mengenal dia, dan setiap hari hidup ini menjadi semakin bererti. Dengan rahmatMu, Kau peliharalah kami. Ameen.
Saturday, April 10, 2010
Bila hati mula berbicara lagi
Posted by ButterFly at 11:42 PM 0 comments
Friday, September 19, 2008
5: No more please. i had enough.
Malam itu, air matanya gugur buat sekelian kalinya. Mengapa hidup ini begitu tidak adil padanya. Kenapa perlu pisang berbuah dua kali. SMS terakhir daripada si dia dibaca berulang-ulang kali. Seolah-olah hidupnya tamat di situ.
"I told my mom what happened, dia minta i pesan pada u, maafkanlah apa yang terjadi, dia tak salahkan u, mmg dia nak jumpa u. dia mmg jangka akan jadi begini if u know my status. apapun my mom kata semuanya up to u. 'kita tak boleh paksa orang nak, biarlah dia terima abang dengan hati yang ikhlas, itu lebih bermakna' katanya. dengan rasa rendah hati, sekali lagi i minta ampun dan maaf. walaupun seketika, sweet moment with u always in my heart forever..."
Cukuplah sekali. Aku sudah serik. Biarpun kamu sudah menceraikan dia, kamu masih boleh kembali padanya. Aku tidak sanggup menjadi orang ketiga. Terlalu perit, pedih yang tak tergambar dengan kata-kata. Hanya air mata yang setia menjadi penglipur lara kisah hidupku. Dan aku hanya mampu membasahi sejadah. Seperti malam-malam yang sebelumnya.
Posted by ButterFly at 9:44 AM 5 comments
Monday, September 15, 2008
4: Bila matahari sudah pulang
Pada suatu hari di bulan Ramadhan..
"Apa yang u cari sebenarnya, Daniel? Apa yang u nak perjuangkan", tanya Aminah.
"I mahu kebebasan. Kita bebas untuk membuat apa saja", jawab Daniel.
"Tapi itukan tak mungkin", tanya Aminah lagi.
"Dalam dunia ni, semua ada kemungkinanan. Kalau kita mahu", tegas Daniel.
"Tapi bukankah itu namanya melanggar hukum Tuhan, hukum Allah?", balas Aminah.
"Kau tak layak nak berkhutbah dengan aku!", Daniel memarahi Aminah.
"Tapi kan...", Aminah cuba membela diri.
"Ahhh!! Tak ada tapi-tapi! Sudah, aku mahu keluar makan. Aku lapar kau tahu?!", Daniel separuh menjerit.
Daniel keluar dari banglo mereka dan menghidupkan enjin BMW 7 seriesnya. Lalu meluncur laju menuju ke restoran pandu lalu.
Aminah menadah tangan memohon kepadaNya;
"Ya Rabbi.. Kembalikanlah Muhammad Dahlanku yang dulu. Yang sentiasa berusaha mendapat redhaMu. Kembalikanlah cahaya hidayah buat suamiku. Semoga kami tergolong daripada hambaMu yang Kau redhai. Aminn...".
Posted by ButterFly at 2:59 AM 0 comments
Tuesday, September 9, 2008
3: Oh, so..I have a blog?
Lamanya blog ni tak berupdate.
Wuhuu~!
Posted by ButterFly at 11:32 PM 0 comments
Monday, October 15, 2007
2: Kucing
Kucing sifatnya manja. Tapi bukan semua kucing. Kucing kurap di tepi jalan tidak manja, tapi 'gedik!' Semuanya kerana faktor persekitaran. Kucing kurap membesar di dalam suasana yang amat tidak 'cool'. Cakar sana, gigit sini. Patah sana, koyak sini - semata-mata untuk meneruskan kemandirian hidupnya.
Begitulah juga dengan manusia. Manusia yang dibesarkan di dalam suasana yang tidak baik, selalunya akan membina karakter diri yang juga kurang menyenangkan. Tapi bukan semua, segelintir. Masalahnya, mereka inilah yang sering membawa masalah kepada masyarakat kita. Masalah besar kepada masyarakat.
Kalau tak, tak adalah orang yang sampai hati nak ragut handbag aku. Tak boleh nak tengok orang senang sikit. Dasar kucing kurap!!
Posted by ButterFly at 4:06 PM 3 comments

